Friday, July 31, 2009

10 ciri yang boleh anda diterapkan untuk menjadi usahawan berjaya;

1. Suka bertanya soalan yang membina - Dalam mengatur langkah menuju kejayaan, kita perlu selalu bertanya kepada mentor atau guru anda sekiranya ada perkara yang tidak faham atau tidak pasti. Dengan bertanya, sifat menganggap sentiasa betul akan lupus. Anda akan dapat yang terbaik!

2. Fokus kepada apa yang mereka inginkan - Untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu fokus kepada perkara-perkara yang pelanggan anda inginkan. Fokus kepada permintaan bukan pengeluaran.

3. Tindakan yang berkesan/mantap (massive action) - Bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu perniagaan dengan tindakan yang mantap bukan sambil lewa atau melakukan dengan bersahaja.

4. Keinginan yang memuncak - Sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh semangat dan harapan yang kental tanpa mudah mengalah dengan perasaan jemu.

5. Enjoy dalam segala aktiviti anda - Lakukan aktiviti anda dengan tanpa tekanan dan gangguan emosi. Pastikan anda minat dan enjoy dengan apa yang lakukan tanpa paksaan.

6. Imej profesional - Jadi seorang yang pakar didalam bidang anda dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

7. Bertanggungjawab - Anda harus mempunyai sikap tanggungjawab yang tinngi didalam segala urusan perniagaan anda. Terutama kepada para pelanggan anda.

8. Sentiasa ingin belajar - Walau siapa anda sekali pun anda harus terus belajar samaada mendalami bidang yang sedang diceburi atau bidang yang lain. Anda harus memiliki sikap ini.. ini sikap jutawan!

9. Bertutur dari hati - Lagi satu sikap yang anda perlu untuk berjaya. Setiap pertuturan anda harus lah ikhlas dan jujur. Cakap dengan hati bukan cakap dalam hati ok.

10. Tunjukkan standard anda - Untuk pencapaian yang berterusan dan sentiasa maju kehadapan, anda harus kawal imej dan tatatertib anda dengan kesemua pelanggan anda.

PEMASARAN TIANG PERNIAGAAN


















Pemasaran dan promosi ibarat irama dan lagu tak mungkin dapat dipisahkan. Untuk berjaya dalam perniagaan bina tiang seri iaitu pemasaran untuk kekal berjaya dalam perniagaan perkuatkan pemasaran dan untuk memajukan perniagaan perkasakan pemasaran.

Wednesday, July 22, 2009

PERNIAGAAN YANG BERJAYA BERMULA DENGAN BAIK
Kerjaya sebagai usahawan adalah lebih baik bermula dengan mencari maklumat asas mengenai perniagaan. Pastikan kesesuaian jenis perniagaan dengan perkhidmatan atau produk yang akan dipasarkan nanti
Pengetahuan mengenai peraturan dan undang-undang juga penting untuk memulakan perniagaan. Dengan ini untuk bimbingan saudara/saudari sebagai usahawan maklumat asas seperti berikut perlu diambilkira
PILIH JENIS PERNIAGAAN YANG ANDA MINATI
Jenis Perniagaan
Saiz Perniagaan
Modal / Ekuiti
Jenis & Kadar Cukai
Syarat & Peraturan
Rancangan Jangka Panjang dan Perundangan
ENTITI PERNIAGAAN
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Tanggungan Tuan Punya Tidak Terhad
Pendaftaran RM25.00 / RM50
KEBAIKAN
Untung Sendiri
Modal mengikut kemampuan
Rugi tanggung sendiri
Tanggungan tidak terhad
PERKONGSIAN
Pemegang Amanah
Pendaftaran RM50.00
KEBAIKAN:
Kemudahan Kredit
Tanggungan Terbahagi
Idea, Kemahiran, Tanggung Jawab
KEBURUKAN
Tanggungan Tidak Terhad
Keuntungan Dibahagikan
Potensi Untuk Membesar Terhad
Akta Syarikat 1965
Ahli Lembaga Pengarah
Nama Sendiri, Didakwa / Mendakwa, Alamat, Harta &
Umur Syarikat Terjamin
Mudah Tukar Milik
Pemegang Saham Terlindung
Pemilik Saham Tidak Terbeban
Rumit Untuk Diurus
Tidak Boleh Jual Saham Melalui Pasaran Saham
100,000 kebawah
RM1,000
100,001 - 500,000
500,001 - 1,000,000
RM5,000
1,000,001 - 5,000,000
5,000,001 - 10,000,000
RM10,000
10,000,001 - 25,000,000
RM20,000
25,000,001 - 50,000,000
RM40,000
50,000,001 - 100,000,000<
RM50,000
Lebih 100,000,001
RM70,000
AKTA SYARIKAT 1965 ,
AHLI 7 - TIDAK TERHAD JUALAN SAHAM KEPADA UMUM
KEBAIKAN
Saham Dijual Di Pasaran Saham
Boleh Pelawa Ramai Orang
Mudah Mendapat Pembiayaan
KEBURUKAN
Hubungan Pengurusan dgn. Kakitangan Sukar
Kehendak Akta
KOPERASI (SYARIKAT LERJASAMA
Tanggungan Ahli Tetap
Bayaran Daftar KecilPersuruhjaya Syarikat Kerjasama Malaysia Jabatan Koperasi, Jalan Swettenham Kuala Lumpur
KEBAIKAN
Mudah Ditubuhkan
Bayaran Pendaftaran Kecil
Tanggungan Ahli Tetap
Bergerak Atas Prinsip Kerjasama
Modal Mudah Diperolihi
Dividen Tidak Lebih 10% Setahun
Hanya Boleh Tubuh Jika Keahlian melebihi 100 orang
Syukur dan salam sejahtera, saya akan memulakan perbincangan mengenai usahawan, khusus untuk membimbing dan memotivasi mereka.